Insta

Sunday, 11 October 2015

Degree Life at UKM

Assalamualaikum
Hai

It's been a long dayyy without you my blogger's friends. omaigod rindu nya nak berblogging. sumpah dah berhabuk gila blog ni. kau tgoklah last update aku bila. dah lama kan? hmm, sorry sebab menghilang terlalu lama *takde siapa kisah pon. rumah aku manada wifi mcm rumah hengkorang. kitorang satu family pakai data sendiri je. so bila dah pakai data sendiri ni, manalah cukup nak update blog lelama then join giveaway sana sini. hmmm

eh apa aku melalut ni. ok back to the topic. ALHAMDULILLAH korang, aku diterima masuk dalam Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi nii haaa. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah yang maha berkuasa. dapat jugak first choices aku . aku dapat kos keusahawanan dan inovasi di bawah fakulti pengurusan dan ekonomi (fep). Aku happy dapat ukm sebab mak ayah aku lagi 5x ganda bahagia dari aku. sebab apa tau, sebab dekat. tak payah hantar aku jejauh mcm adik and abang aku,, sorang kat mrsm kulim kedah, sorang lagi kat uitm segamat,johor. tak ke jauh dorg dua tuu. nasib aku dapat dekat. so no wonderlah dorg dua ni asyik bising kat ws family sbb aku asyik balik.

fyi, aku tak pernah lagi basuh kain kat sini lagi. mana taknya tiap mggu balik rumah. ni kes dah pemalas tahap monyet pon rasa nak tolong basuh kain aku yg melambak ni. hahhahaha. bukan apa weh, aku dapat bilik tingkat atas sekali, jauh dgn toilet pulak tu, mesin basuh pulak hanya di tingkat bawah sahaja dan hanya ada SEKETUL je mesin. ohhh stress gila nak tggu turn basuh kain. nak cuci tangan aku ni jenis tangan gedik sikit, malas nak pakai tgn, kakakakkaka tapi aku akan cuba rajinkan diri basuh kain di kolej ini. sebab abah dah bising la asyik balik je, sampaikan beliau kata 'abah tak rasa pon angah duduk asrama, berdikari lah sikit, kat metrik tu boleh je' ahh sudah, malas nak sentap. aku pon iyakan aje. tapi ada  betolnya jugakkan. sampai bila wehh nak balik je kerja. awak tu dah degree. DEGREE. D E G R E E ! !  so sendarla diri tu yang semakin tua.

btw aku penghuni KOLEJ AMINUDDIN BAKI . nak buat cheers fav jap 

GO AMIN GO AMIN
DON'T BREAK MY HEART AMIN
USSS AHHH OYEAHHH
USSS AHHH OYEAHH
HAHAHAHHA fav gila cheers ni.


ok, gambar kat atas ni, yang cecantik cecomel nampak lawa nampak lawa dia pakai nv ni ada lah classmates aku masa matrik. alhamdulillah kami masih bersama disini dengan harapan nak genggam segulung ijazah 3 tahun akan datang di Ukm. doakan ye guys. 

yang tak adilnya kan, dorg bertiga satu kos. cisss aku je kos lain. ermm tarappa maybe ada hikmahnya nanti. kos aku sikit je orang sebab kos baru la katakan. tapi senior kata kos ni seronok. so tak sabar nak lalui keseronokan kos aku ni. hahhahaha 


gambar atas ni masa perang dectar minggu MMM. aku just nak cakap pada masa malam tu memang AWESOME gila nak mampos. sumpah best moments in my life. serious wa cakap perang malam tu memang best sampai aku takde suara pastu demam, mintak kesian kat abah nak balik, hahaha. ok mengarut.

even kolej aku balik paling awal walaupon jam dah pukul 1 pagi, aku tetap bangga dengan kolej aminuddin baki. uolls the best. seronok aku dapat kolej ni, sebab utamanya ialah fakulti aku dekat gila babun dgn kolej aku. aku just guling2 je turun. kalau mcm kwn aku yg lain, dorg kena naik bas, pusing ukm dulu baru sampai fep. alhamdulillah aku senang je. lagi 10minit kelas, baru aku gerak pi kelas/kuliah. hehhehe

haaa lagi satu , kat kolej ni aku jadi ahli Bmart. Bmart ni kelab keusahawanan kat kolej aku, haaa kelab ni la aku join. setelah ditemuduga, akhirnya aku pon terpilih untuk join kelab ni. so far semuanya okay. kena jaga kedai fotostet and koperasi. aku harap adanya kelab ni dapat tambahkan lagi skill komunikasi aku dan juga dapat byk manfaat yang boleh aku gunakan di kemudian hari.

hmmmm okaylah, dah letih nak tulis. ehh lupa nak bagitahu, wifi ukm-jaring lajuuuuu. hahahha tu yang dapat update blog kejap. hehhehe

ok bye, assalamualikum :)

much love
zaty


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.