Insta

Sunday, 10 May 2015

Hidup Mereput

Assalamualaikum

Kehidupan lepas matrik ni tersangatlah membosankan. Hidup mereput kat rumah. Makan tidur tengok tv. Sumpah bosan ! bukan taknak cari kerja tapi ada sebab kenapa aku tak cari kerja, mybe bulan 6 baru aku kerja. Hmm, sekarang kat rumah aku buat bisnes online. aku jual tote bag. aku sendiri lukis tau. Setakat ni Alhamdulillah dapat komen yang positif je dari costumer and kawan-kawan. Segala pujian tu lah yang menaikkan semangat aku untuk terus maju dalam bidang ni. ecehhhh.

Apa khabar agaknya kawan-kawan matrik aku? seriously aku rindu. macam-macam yang aku rindu.Lagi-lagi geng 'TERASA' aku. hmm. Aku rindu KMNS sebenarnya. ke aku rindu crush aku. hahahahhaha. kelmarin mimpi crush dow, tapi mimpi tu menyakitkan hati aku. malas aku nak cerita.hm, agaknya bila kita semua boleh jumpa lagi eh dak2 A5P2? semua jauh-jauh.

*LOST IDEA NAK TAIP KEJAP

ohh okay, aku rasa macam nak join giveaway balik la kat blog ni. dah lama tak berblogwalking ni. kalau dulu lah, aku ramai kenal blogger2 newbie ni. pastu boleh dok sembang-2 pasal blog kat fb, twitter. punyalah aku mesra blogger dulu, but now semuanya hilang. aku rasa nak mula balik je. kalau la aku tak join giveaway dulu mesti aku macam katak bawah tempurung je. tak berkembang mana-2. first giveaway yang aku join aku menang purse kecik.start tu aku rasa seronok menang and seronok ada orang datang blog kita yang buruk ni, pastu follower bertambah. tu lah kelebihan if kita join giveaway or segmen.

*LOST IDEA LAGI
*5minit berlalu

Ei, stress aku pikir apebenda aku nak taip lagi. oklah got to go. ada masa nanti aku menaip balik. internet rumah ni dah la takde, nak pi mamak main wifi free malas pulak. ni pon aku bukak data aku sendiri. satgi habis la kuota. ok lahh, bye bye xoxoxo



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.