Insta

Friday, 30 May 2014

Seminggu Orientasi di Matrikulasi Negeri Sembilan

Hai
Assalamualaikum


Maaf , sebab dah lama tak aktif blog ni . Aku sibuk , hehe . Hari ni aku ada kat rumah . Malam semalam baru sampai dari Kuala Pilah . Kat sini aku nak cerita pengalaman aku selama seminggu di KMNs . Sepatutnya aku tak balik hari ni , aku kena stay kat sana sebab kereta ayah aku ada problem . Korang tahu tak , hari ahad lepas yang esoknya aku kena daftar matrik , kereta ayah aku kena bencana alam , pokok tumbang . HABIS , kemek kereta tu and cermin depan pecah . Hmmm , masatu aku menangis , yelaa dah la esok nak gi daftar pastu kereta pulak kena bencana . Nasib baiklah pakcik aku baik, dia bawak aku pergi matrik , mak bapak aku ikut lah . ayah aku tak berapa cekap nak bawak kereta auto , tu yang pakcik aku tolong bawakkan .

 
 

Balik semalam pon , bapak aku pinjam kereta kawan . Kalau tak kerana borang yang aku kena isi and nak surat sokongan ibu bapa , takdenya aku nak balik . kesian kat abah, dengan kereta masih dlm proses pembaik pulih , pastu kena pinjam kereta org . hmmm, nak naik KTM aku tak pandai . tapi nanti lain kali aku naim KTM sebb budak yg satu perumahan ngan aku dorg semalam balik naik KTM , mybe next time aku join diorang :))


Nampak tak banggunan warna putih kat atas sana ? haaa tudiaaa nohh bilik cek .
hambik kau bahasa aku , hahaha
Tak nak jauh pulakkan bilik dengan tempat belajar -,-
kalau macam nilah , boleh kurus macam mayat ni . hahaha

okay , back to the topic ! Seminggu aku kat sana , satu je aku nak cakap . PENAT !! teramat penat . minggu orientasi yang sangat memenatkan . menderita lah jugak. mandi tak menentu , makan tak ikut time, nak uruskan diri tak sempat , nak cuci baju tak sempat , tidur just 4jam je . aktiviti mula dari pukul 5.30 pagi hingga jam 11malam . aku dah la KLUSTER C , jauh gila . nak naik tu ambik masa 20minit . so bila naik bilik dah pukul 11.30 malam . nak mandi ? tak larat wehh , badan penat , otak mengantuk , so balik just tukar baju and tidur . sempat cuci muka je . baju pon kekadang tak basuh , sebab takut tak sempat kering . so aku and roomates aku just gantung je kat penyidai , ada baju yg sempat basuh , kitorang basuh lah . takdelah tak cuci semua .


Makan seriuosly tak menentu , kalau time makan kat cafe asyik berebut je semua sebab masa makan sekejap . nasib baik aku ada bawak makanan sikit dalam beg , bila lapar je ambik kat beg je . Kat sana memang kena bawak air masak sebanyak yg mungkin . nasib baik sebelum aku dtg sini , abah dah beli air masak satu kotak . so aku akan bawak sekurangnya dua botol air setiap kali ada aktiviti . botol aku tak buang sebb boleh refill balik kat water cooler yang ada kat cafe berdekatan .

Dekat sana , kalau satu hari tak dengar ayat 'CEPAT' dari akak abg fasi tak sah . hari-2 aku dengar . Diorang suruh cepat , tapi diorang tahu tak yang kitorang ni dari kluster C yang jauh tu . so memang penat kalau nak jalan cepat2 . Dah la jalan berbukit , naik melecet kaki aku , hmmmm .  Yang paling aku tak suka time petang nak dekat maghrib tu . Macam ni , kitorg semua pakai baju koko setiap petang , then pukul 6.30 ptg baru lah kak abg fasi bagi lepas balik bilik . then pukul 7.10 dah nak kena berkumpul kat bawah kluster untuk berarak pergi sarau . dari dataran tu ke bilik ambik masa dalam 20 minit , yelaa dah la kena beratur naik mmg lama lah cerita dia , then ada lagi berapa minit je sebelum turun bawah . dah la aku ntingkat 4 . mandi mmg tak sempat . dengan keadaan badan berpeluh plus busuk plus melekit terus tukar pakai baju kurung , aku rasa semua buat mcm tu . hmmm menderitanyaa :( rasa nak balik sangat waktu tu .

Tapi selepas aku pikir yang benda2 mcm ni hanya dilakukan time orientasi je maka aku pon terus bertahan sampai lah akhirnya . Alhamdulillah akhirnya habis jugak minggu orientasi . Rasa seronok pulak . hahah , kat sana satu je best iaitu dapat kawan baru , seronok dapat kawan baru .

Apa-2 pon aku seronok kat sana . Homesick ? biasalah , budak tak pernah berjauhan ngan family , hari-2 jugaklah aku menangis . hahahaa . Makanan kat sana murah-2 belaka . tak percaya pi sendiri beli . bagi aku murahlah . hehe

Okaylah , malas nak menaip . penat tak hilang lagi , japgi nak sambung tidur balik . haahaha . oklah bye , assalamualaikum :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.

Tuesday, 13 May 2014

Im to busy buat persiapan masuk matrik !

Hai
Assaalamualaikum :)


Ya Allah , dah sebulan lebih aku tak bukak blog . Langsung tak bukak . Giveaway pulak aku langsung tak join , padahal dulu akulah raja bergiveaway *rajalah sangat . Kepada yang datang blog aku and tinggalkan jejak kat shoutbox tu , aku mintak maaf sangat-2 sebab tak balas kunjungan korang . kejap lagi aku datang ye . tak mo nangis ke xD . hihi

And kat shoutbox aku tu , ada yg nak tempah bantal felt aku . Lagi sekali aku nak mintak maaf sebab tak nampak mcg tu sebab lama tak bukak and now aku dah tutup tempahan sepenuhnya , no more order about felt craft . Nak tahu sebab apa ? haaa ni lah yang den nak citer kat hangpa semua .

Macam ni , aku dapat tawaran sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan . Alhamdulillah , aku bersyukur sangat2 . Bukan calang-2 orang boleh masuk situ , dah la kat situ kalau nak masuk result spm kena gempak , aku langsung tak gempak tapi boleh dapat , hmm itulah rezeki namanya . terima kasih Ya Allah .

Results UPU pulak aku tak dapat , hmmm memang agak sedih jugak . tapi at least aku ada matrik . so peluang nak belajar tu still ada . aku tak dapat bayangkan kalau aku tak mohon matrik masa sekolah dulu mesti aku tak tentu arah . dengan upunya tak dapat . matrik tak mohon . tapi tawaran f6 ada . Aku nak masuk f6 ? dah tak larat nak ikut peraturan sekolah , hahaha dengan kokonya and bla bla bla yg macam sekolah , boring !

BFF aku pulak semua dapat f6 . perghh diorang satu jurusan and mybe satu kelas . waaaaa jelesnyaa !! aku sorang je terpinggir jauh nun kat negeri sembilan . act tak delah jauh mana dengan kl kan ... 2jam perjalanan je . hmm tapi bgi aku tetap jauh dengan kawan2 .

Semalam pon last kitorang bff hang out , meraikan aku pergi matrik nanti and perpisahan aku . semalam karaoke time last sekali diorang nyanyi lagu kenangan terindah buat aku , rasa nak nangis , terharu gila .
Rasa macam nak masukkan gambar je , tapi malas pulak nak transfer . hmmm

Sekarang ni boleh dikatakan 70% barang-2 persiapan aku dah siap . tadi pon pergi bank bsn bayar yuran and buat kad bank bagai . tinggal barang-2 asas je yg belum beli . mybe esok . taknak lambat-2 siapkan persiapan nanti kelam kabut .

Okaylah , aku on sekejap je ni . Adahal japgi . korang doakan aku supaya aku boleh berjaya kat matrik tu ye , doa korang sangat diperlukan , hanya Allah yg boleh balas jasa korang yg mendoakan aku :)
Okay-2 , assalamualaikum .

much love
izzati

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.