Insta

Wednesday, 2 April 2014

Luahan Hati

Assalamualaikum
Hai

Wahhhhhhhhh , long time no see ahhh xD . Aku rasa dah lama tak update blog . entah kenapa la aku rasa mcm dah malas nak bukak blog . mybe sebab aku busy . seriously aku busy sangat-sangat .. Yelaa , aku baru buat lesen motor .. tu pon L . ni tengah bercinta-cinta dengan buku panduan apebenda ntah .. nak kena jawab 500 soalan kat dalam buku tuu . memang makan masa banyak harilah jawabnya . aku ambik exam dia pada tarikh 9/4/2104 . guys , doakan aku ye :)

Then , aku sibuk dengan tempahan felt craft aku tu . banyak jugak yang aku kena siapkan . haa , cerita pasal tempahan nikan , ada la seorang girl ni , dia order barang kat aku, girl tu budak sekolah adik aku je . *mentang-2 dah tak sekolah,selamba je panggil budak xD .Lepas dia wechat aku mintak design itu ini , aku pon buat benda dia mintak . dah siap tu aku pas kat adik aku suruh bagi kat sekolah . aku siap wechat budak tu suruh bawak duit . esoknya dia tak datang sekolah . okay takpe . esoknya pula,dia nampak adik aku , tapi dia buat bodoh je . mcm nak tak nak je barang tu . Aku nak je bagithu kat wechat yg esok dia kena jugak ambik barang dia . tapi mcm tak sampai hati pulak . tak tahulah kenapa .Rasa nak marah pon ada . haihh sabarjelah .

Btw , korang tahu tak kat mana nak DOWNLOAD DRAMA KOREA SECARA PERCUMA TANPA KENA SIGN UP bagai !! korang tahu tak kat mana ?? please share with me !! Aku dah google dah , still tak jumpa .. aku nak download drama ' boys over flowers' . Drama tu memang aku dah pernah tengok pon , tapi aku nak tengok balik . rasa gian gila nak tengok ! Lepas download punya story aku tak jumpa , aku pon tonton online kt dramafever.com . aku tengok drpada episod pertama hingga sembilan . ingatkan nak sambung episod 10 dan seterusnya , tengok-2 dramafever tu dah tukar baru . ada 'buffering' means kena tunggu . selama ni tak de pulak .. rasa nak nangis lah  dah la tengah bersemangat nak tengok .. arghhh frust gila , rasa macam lepas putus cinta . -,- ok tipu . aku tak pernah bercinta ;p haha

Aku harap sangat yang kawan aku yg gilakan korea tu ada drama tuu , so aku just bagi pendrive kat dia then anytime aku boleh tengok . ermm , I hope so . Aku rasakan , nak stop lah join giveaway or segmen . elleh , cakap je nak stop , tapi join jugak . hahaha .. tapi kali ni aku serious . aku nak tulis pasal aku je kat blog ni . sekarang kat homepage blog kan , banyak giveway je . cerita2 lain tak banyak sangat . Ramai yang suka join giveaway .. kalau bertuah dapat hadiah kan ? siapa tak suka .

Rasa macam banyak pulak aku membebel malam ni ye , ermm , luahan perasaan , hahahha .Aku online kat laptop ni pon sebab nak tengok drama tu lahh . kalau tak , takdenya aku nak huupdate blog ni . kecewa betul lah tak dapat tengok . so sekarang nak buat apa ?? facebook ? kat hp pon boleh . twitter ? malas lah nak on . Insta ? kat hp pon boleh .. kalau kat laptop just tengok gambar je . whatsapp ? dah sunyi dh whatsapp aku . wechat ? dah tidur kot semua . moments senyap je >,< . 

ermm , better aku off laptop dan baca novel yang baru je aku pinjam dari kawan aku . tajuknya 'kahwin ekspres' mcm menari kan ?? hahaa , so aku pon nk mengundur diri dulu lah ye . ada masa kita borak2 lagi . ehh ? hahaha . Jangan lupa tau , pasal benda yang aku bold kan ayat kat atas tuu . ok assalamualaikum :)

much love
Izzati



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.