Insta

Thursday, 29 August 2013

Hadiah dari Handmade Bag / craft ct N honey dah sampai :)

Hai
Assalamualaikum .

Dah lama rasanya tak buat enrty macam ni .
Dulu rajin je , sekarang malas .
hehe .

Act, izzati menang dari giveaway kak Nabila . Giveaway jom pilih hadiah .
aku pilih dua hadiah .
skirt stailista and beg .
alhamdulillah, nasib mengena no aku .
dapat beg .
Baru hari ni dapat .

tekan gambar :))

Beg tuu boleh letak alat mekup .
mekup lah sangat ..aku ingat nk letak aku punya keronsang .
dah tak ada tempat nak letak kerongsang .
letak dalam beg tuu senang, boleh gantung lagi ,
hehehe


Nak tempah beg mengikut citarasa anda ?
jom tempah dekat page HandmadeBagCraftctNHoney
pasti memuaskan .


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.

Wednesday, 28 August 2013

TRIAL SPM

Hi
Assalamualaikum


Sejak kebelakangan ni, aku dah jarang on blog .
waaa, kesian blog aku kesepian dan ke'habuk'kan *failed la bm aku
Sekarang ni aku busy sikit dengan trial spm aku .
alhamdulillah, setakat ni dapat jawab semua kertas exam .
esok pendidikan agama islam .
Doakan aku ye .

Ada lagi 6 hari aku bertarung dengan kertas peperiksaan .
stress makin bertambah . lagi-2 hari selasa minggu depan add math .
OMG , aku tak buat persediaan pon .
adoiiiii .

Tadi exam kertas sejarah 3 . sumpahh naik lenguh tangan aku .
nasib baik boleh bawak masuk buku and nota dalam exam tuu ...
masa dah habis masa tuu kan, aku macam tak percaya aku tulis semua tuu..
panjang gilaa... 6 muka surat . FULL .
soalan nasib baik senang . senang sebab dah dapat soalan sebulan sebelum exam -,-

Papehal , blog ni mybe akan kosong . means tak ada entry baru .
cehhh, macam ada yang baca je .
kalau ada say something to me . cakap kat comment :)
hehehhe

To all SPM CANDIDATES . DO THE BEST AND THE BEST .
GOOD LUCK
fighting demi masa hadapan :)

Assalamualaikum :)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.

Wednesday, 14 August 2013

RAYA AIDILFITRI 2013

Hai
Assalamualaikum :)

Lama sungguh izzati tak update entry kann.
PV menurun gilaaa. sedih izzati tengok .
ye laa, selalu on pakai phone je .
kat phone, nak tulis entry tuu memang la boleh tapi tak puas laa. .
nak tekan pon susah .

baru hari ni berpeluang pakai lappy ^^ .
syukur .
Ermm,amacam raya kali ni ? best tak ?
ada setengah orang kata best,ada jugak yang kata raya tahun ni tak best .
bagi izzati ,?? ermmm, best lah jugak .
sebab berpeluang jumpa dengan saudara mara .
dapat main-2 dengan sepupu .
>,<
rindu pulak kat diorang .

Izzati masa raya pertama, pakai baju kurung warna biru .
baju kurung tuu izzati menang giveaway by huda klau tak silap 
dapat kain viscose .
izzati pernah buat entry yang izati menang kain tuuu ...
nak baca tak ?


Gambar penuh baju kurung tuu .
lawakann , kain dia sedap je .
sejuk je .

Izzati tak tahu laa nak update apa .
means tak tahu nak cakap apa . 
korang layan gambar je lahhh :)


with my ROCK siblingssss


pemandangan belakang lawakannn .
almaklumlahh , kawasan kampung .
kali ni izzati beraya di Sabak Bernam :)



ramai kata mjuka kami sama ...
sama ke ??
apa yang sama ?
well, adik beradik . mestilah ada yang sama .
hehe .

Sorry lah, kebanyakan gmbar byk gambar izzti je .
gambar family semua ada kat dalam hp lagi satu .
malas nak bluetooth bagai .
heheh 


Okelah, malas laa nak taip panjang2.
bye . SELAMAT HARI RAYA .


p/s : Happy Birthday to my BFF , Nur Atiqah Bt Jana . aku dah wish pukul 12.30 pagi okey :)
hahahaha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.

Monday, 12 August 2013

Berbuka Puasa Bersama Rakan Sekelas :)

Hai
Assalamualaikum . :)
salam ramadhan .

Penggunaan kata untuk post ini adalah dari
Izzati : Aku .



Semalam 2/8/2013 bersamaan dengan hari Jumaat . Merupakan hari jumaat yang TERINDAH buat aku . Nak tahu kenapa ? ermm, meh dekat sikit aku nak cerita . :) 

Pagi Jumaat, sekolah aku ada buat majlis khatam al-quran dan tahlil . Alhamdulilah,tahun terakhir aku di sekolah, aku sempat join majlis tuu . Mintak maaf sangat-2 sebab, post nie sebenarnya, bukan untuk cerita pasal khatam al-quran . Just nak bagitahu yang siang malam hari Jumaat ni indah :)

klik gambar untuk tengok besar-2 punya ^^
nampak tak gambar yang kedua , aku yang pakai baju warna pink kat belakang sekali ^^

Okay,back to the tittle :) . Sebenarnya kan , aku dgan kawan-2 sekelas aku, yang perempuan je . memang dah rancang nak ifttar sama-2 kat luar. tapi tanpa ada lelaki laa . then, seminggu sebelum nak iftar sesama tuu . si Afiq, ajak berbuka kat luar . dah alang-2 tuu, lebih baik diorang join kitorang . dripada membazir duit pergi 2 kali .
aku yang berpakain serba merah .
biasa-2 je aku :)

Memang kelam kabut gila sebelum nak pergi tuu , korang nak tahu kitorang berbuka puasa kat mana ? dekat WASTERN FOOD you alllssss . kelas kau jah . makan-makanan barat . hahaha, tak apa, sekali sekala .eh nak tahu apa yang kelam kabutnya .? k, tempat tuu dah la ramai yang datang , kitorang takut tak ada tempat . so yusri pergi restoran tuu pukol 5.30 . booking tempat . ambik kau, macam special je kitorang nie.  dah laa satu tempat , then, meja tak nak panjang pulak .


Masa kat restaurant tuu kan, perempuan je datang awal , TEPUK TANGAN SIKT UNTUK KAMI ! . Lelaki jangan cakap laa, 5minit dekat berbuka baru nak datang . kecuali AFIQ . dia datang lepas kitorang dah makan. ni mesti dia bersolek sebelum nak datang ni . tuu pasal laa lambat .
nie amede ek ?
seriusss aku lupa gila nama makanan ni .
tak silap aku laa.
grill chicken apentah .
aku tahu makan je .
haha


(dari hp atiqah)
(dari hp aidil)
haaa, yang sebelah aku tuu laa, afiq .
nampak sweet tak kami :3
hahaha .  kitorang just kawan okey :)
sumpahhhhh

nak potong ayam pon,cover ayu .
haha, siap senyum lagi .
apakah ??
sebenrnya, aku tak berapa selesa makan pakai pisau and garpu tuu
almaklumlah,selalu makan pakai tangan yang cantik lagi suci ni .
haha. (korang mesti rasa nak kahak kan)

Lepas makan tuu, kitorang posing-2 maut depan camera . yelaa , bila lagi boleh tangkap gambar ramai-2 cenggini . kat sekolah, jangan harap laa . kena rampas hp naya je !


ni time budak-2 laki pergi solat .
gambar-2 kat bawah nanti kan, kebanyakan gambar gegirl je .
perempuan memang pantang nampak camera .

gambar ni bukan aku yang edit .
alyaa edit guna samsung s4 dia tuu ..
sumpahh, lawa gilaa gambar bila tangkap guna hp tuu .
bila aku boleh dapat hp tuu !

gambat ni agak KURANG AJAR sikit .
tengoklah gambar atas ni , ada ke patut dia g tampal gambar yang tuka captured tuu kat muka aku .
haihhhh, keje aliana laa ni !!

Amira and aliana :)




 PEREMPUAN MEMANG PANTANG NAMPAK KAMERA.
jom tengok gambar kat bawah ^^























just kawan , jgan salah anggap .
budak-2 5azam memang 'sweet-sweet'
walaupun tak couple :)


tiga orang gadis atas nia, adalah BFF aku :)



dengan Sajidah

dengan nadz



Balik dari restauran tuu, aku , nadz, tiqa lepak kat ruma sajidah .
main WIFI . haha .
sambil-2 blutooth gambar .










Inilah,kenangan berbuka puasa yang sukar dilupakan dan takkan dilupakan .Memang best sngat-2 malam semalam . rasa sayang nak tinggalkan kenangan kat restaurant tuuu . Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar, walaupun apa yang dirancang tak jadi .Semoga kita semua tak akan terpisah tali persahabatan yang kita bina sejak form4 (ayat aku gila skema) walaupun suatu hari nanti memang kita semua akan berpisah .

Gambar-2 kat ats tuu kan, aku rasa nak print je buat album . serius tak puas tengok dalam handphone . dapat duit raya aku nak print buat album . hahaha, kesian , guna duit raya je .

Mintak maaflah kalau entry ni kelihatan HAMBAR di mata korang . nie pon main taip je . apa yang ada kat dalam otak, tulaa yang aku tulis. 

To my classmate 5azam

Aku, Nurul Izzati Bt Shaidi , Nak mintak maaf kat korang semua jika aku ada buat salah kat korang .
bukan jika, memang ada pon . Maafkanlah setiap kata-2 aku yang mungkin mengguriskan hati korang .
Mulut aku ni kekadang main lepas je . tak tahu mengapa jadi mcam tuu . :( Maafkanlah jika perbuatan aku tak menyenagkan hati korang . kadang-2 aku leka dengan perbuatan aku yang mungkin menyakitkan hati korang. Ketahuilah, aku bukan manusia yang sempurna .
Aku harap korang maafkan aku . dari hujung rambut hingga ke hujung kaki .
Last word , aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk my classmate 5AZAM dan juga kepada silent reader blog aku ni . kepada 5AZAM STUDENT'S ,raya,raya jugak . buku jangan lupa wehh , lepas raya kita TRIAL . kalau boleh kita semua add math kena LULUS .
sebelum ni kan kita semua geng , geng GAGAL ADDAMATH . haha, kecuali satu dua kawan yang lain .
SELAMAT BERHARI RAYA :)
ikhlas : Nurul Izzati

p/s : panjang pulak aku membebel :) oke , bye , assalamualaikum :)
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.

Saturday, 3 August 2013

Ramadhan Giveaway by Asma' Sah

tekan 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.