Insta

Saturday, 16 February 2013

Barang menang GA dah sampai :)



hai
assalamualaikum

Saya nak tanya nie, adakah anda nampak tajuk di atas ? sila garu ketiak jika nampak . hehe . k just kidding . Nak tahu tak izati menang GA apa and apa barangnya ?? haaa,meh deka sikit,izati nak cito .kihkih *mcm hebat je ceritenya* 

Izati ada join satu GA nie,nak tahu GA apa ? GA itu adalah Huda Syafiqah Giveaway . asal GA nie ialah izati nak menang teddy bear dan izati sebenarnye tak tahu lah pulak ada sponser lain . Izati just tengok hadiah-2 nye saja . antara hadihnya ialah :-

- Sepasang baju peplum  × 1 .- Bohemian Watch kaler Baby Blue  × 1 .- Cenderamata special × 10 .- Tudung  Bawal Bead Sakura × 1 .- Tudung × 1 .- Sepasang kain Korean Cotton × 4 .- Pure Marine Collagen Gred AAA × 1 .- Pure Marine Collagen Gred AA × 2 .- Pin Comel × 1 .- Header comel × 2 .- Name Keychain × 4 .- Cartoon Keychain × 2 .- Edit Full Blog + Header × 2 .- Doodle × 4 .

Masa pengumuman pemenag GA nie,izati tak tahu lah pulak yang GA nie dah tamat and dah diberitahu pemenangnye . tarikh pengumuman 26.1.13 . Masa bulan dua kot,izati saja-2 nak cek semua GA yang izati join . then,izati bukak la GA nie,tengok dah tamat ,then,terus tengok pemenang . fuyoo,ramai jugak ek yg menang . izati pon scrool scrool dan scrool ke bawah ,masa tuu tak harap pon dapat hadiah . tetibe ....

ada nama http://sicomotizati.blogspot.com . eh ? izati dari bersandar terus tegak ngadap laptop . dalam hati kata biar betul . izati dapat SEPASANG KAIN KOREAN COTTON . pembuat GA nie suruh kita sendiri bagitahu sponsor yang kita menang . izati pon terus laa ke FB KayzlinaCollections . Bagitahu apa yang patot . hihi gembira gila kot . dah laa kain tuu mahal .

Tetiba pihak sponsor kata korean cotton dah sold out . then,die suruh izati pilih kain yang lain, izati ni tak tahu jenis2 kain,izati suruh je die pilih . die bagi Viscose Cotton . izati oke je . nak tengok gambar ?? jap eh


Inilah kain yang izati dapat,gambar nie izati ambik dari Page Kayzlina Collections .Kain yang izati dapat sebikik macam nie,  menurut page tuu,kain nie berharga RM55 .mahal laa jugak, bukan senang nak dapat kain free and mahal pulak tuu ..

actually,izati dapat hadiah nie time hari khamis . Tengah izati buat kerja sekolah,tetibe ade orang ketuk pintu,kuat pulak tuu,bagi salam pon macam orang nak redah masuk rumah . dah la izati sorang je kat rumah ,tombol pintu pulak tak berkunci .perghhh bahaya . izati cepat-2 tengok kat lubang intai kat pintu tuu. izati dah hairan dah . tak pernah2 pos laju datang rumah . salah alamt agaknya . ye laa,izati selalu jugak lah menag GA nie,tapi hadiahnye diorang hantar guna pos biase je . 

Izati pon bukaklah pintu,abg pos tuu ckp 'nie rumah KAK izati ke ?' amboii,,kak ?? hello saya lebih muda dari awak okey ! sabarjelah .izati pon angguk jelah .then,die bagi bungkusan tuu .suruh tandatangan sekali kat die punya kad . kad ke?? ahh whatever . lepas tutup pintu tuu,tengok nama orang yang bagi bungkusan tuu Nur Fadzlina .eh nama die dekat-2 dengan Kayzlina . ahhh,kompem kain yang izati menang nie ...hahahaa,gembira beb ..

Oke lah,punya panjang lebar izati tulis,korang pon mesti malas nak baca nie.hahah..oke bye :)



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.

Wednesday, 13 February 2013

Al-Fatihah buat Mamaku(kembar mak@makcik)

Hai
Assalamualaikum :')

Izati nak bagitahu bahawa makcik izati telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya .Arwah meninggal pada hari selasa 12.2.2013 . Arwah meninggal di Hospital Kuala Lumpur . Arwah menghadapi penyakit yang sangat serius iaitu kanser payudara . Arwah bertahan selama lima tahun . Arwah juga merupakan kembar mak izati . izati memanggil arwah dengan panggilan MAMA . Izati sudah lama menganggapnye sebagai mak kandung izati sebab sewaktu kecil arwah pernah menyusukan izati .

Sewaktu arwah meninggal,izati satu keluarga tengah on the way pergi kedah sebab hantar adik pergi MRSM . Pendaftaran MRSM pada hari Rabu,tetapi terpaksa bertolak awal,takut2 jem pada hari rabu . sewaktu sedang dalam perjalanan , Mak dapat panggilan dari CikJah(makcik izati @ adik ke-2 mak) mengatakan MAMA sudah tak ada . masa tuu tak jauh dari KL lagi,kitorang ada kat rawang waktu tuu ..

Abah terpaksa patah balik,sebab hal nie begitu penting . Sesampai sahaja di HKL , izati terus peluk izzah(anak MAMA n sepupu zati ) . then,terus nampak mama . Masa tuu mama dah siap pakai kain kapan ,tapi belum dimandikan lagi, waktu tuu masih kat wad . Izati cuba tahan air mata . tapi apakan daya,air mata menitis juga tanpa henti . Izati sedih sangat-2 . tapi izati kena kuat kerana mesti roh arwah terseksa bile melihat kitorang semua menangis .

Then,jururawat bawa MAMA pergi bilik mayat@jenazah . Dekat situ mak and sedare mara yang lain mandikan mama . Abah terpaksa pergi kedah sbb hal adik pon mustahak jugak , along ikot abah . Jenazah MAMA dibawa pulang ke Sabak Bernam . Pada pukul 6.30 kot (tak berapa ingat la) jenazah mama selamat dikebumikan .

Sebelum,jenazah mama sampai ke rumah , izati pelik,kenapa banyak sangat burung mengelingi rumah , selalunya tak macam tuu ..jiran cakap mungkin lepas hujan, mybe kot . kuasa ALLAH kan? ramai kawan-2 MAMA dan sedare mare yang lain hadir bagi penghormatan terakhir . 

Selama arwah MAMA hidup, mama tabah menghadapi ujian yang Allah bagi . tak pernah pon die mengeluh . Sedikit demi sedikit ujian yang Allah beri . mungkin ALLAH mengurangkan dosa mama .

Semoga roh mama dicucuri rahmat dan sentiasa bersama orang-2 yang beriman . al-Fatihah

 angah sayang mama..walaupun mama dah tak ada,tapi mama masih berada di hati angah . forever . semoga mama tenang berada di alam sana . kami sekeluarga sentiasa mendoakan kesejahteraan mama . :')
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.

Saturday, 9 February 2013

Jogging bersama MEREKA :3

Hai
Assalamualaikum :)

Mulakan hari anda dengan senyuman :) Tapi hari ini saya memulakan hari saya bersama my BFF . pagi tai berjogging sama-2 . dekat lake valley :3 . Zati malas nak cerita lah pulak . korang just tengok jelah gambar kat bawah nie .. hehe . papepon memang best jogging dengan diorang nie . BEST sangat lahhh...





















MACAM KANAK KANAK RIBENA KAN ?? HAHA

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.

Thursday, 7 February 2013

MRSM

Hai
Assalamualaikum :)

Sudah sekian lamanya zati tak update blog nie .. fuuuuhhhh (tiup habuk) .Lagipun zati mmg tak de cerita la nak dikongikann . erm .. nak cerite pon rasa malas je ... erm,btw,adik aku dapat masuk mrsm kat kulim kedah .. mak aiii, nun jauh di sana  lain yang mintak lain yang dapat . Nak buat macam mana , terima je lah kann .. MRSM kott bukan calang calang orang boleh masuk sana...cehh,bajet ayat zati . kalau adik zati baca nie, mahu die kembang semangkuk nie ...huh .. hahahaha

oke lah...itu je ...so bye ;D

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.