Insta

Tuesday, 10 November 2015

HangOut With Kesayangan

Assalamualaikum
Hai

Harini aku eksaited nak cerita pasal benda ni. hahahaha. ermm,,, tak tahu nak mulakan macam mana. okay macam ni. gambar yang ada kat atas ni adalah geng aku masa kat matik n9 dulu. just aisyah and cikeb takde. so geng atas ni tak complete sangat. takpe, ada masa kita semua gather lagi. 

Kitorang hangout ni hari ahad. Plan asal nak jumpa kat Midvalley, so semua naik ktm terus pi midvalley. last2 si olan and aril ni ajak pi ioi sebab midvalley actually is NOTHING . hahaha aku pon bosan sebenarnya. Then, kitorang (aku,syikin,zati,faris) dari tempat masing2 turun kat ktm kajang. Olan and aril pick up ktorg kat sana *memandangkan diorang ada kereta. janji pukul 10.30. aku dengan syikin dah on time dah kat kajang. cuma si laki bini zati and faris masih stuck kat ktm shah alam gara-2 bangun lambat. kejadahnya lahaii, lama lagi kot. then, we decided pi metro kajang dulu sementara nunggu laki bini*they are real couple and please doakan moga jodoh mereka panjang aminn. so boring kat metro point tuu. semua kedai kitorang masuk . sebab bosan sangat menunggu. hahaha


Then dalam pukul 1.30 macam tu, si laki bini tu pon sampai kat ktm kajang. rasa nak menjerit pon ada *mmg jerit pon. ialah sebab dah lama tak jumpa kot. last jumpa masa bulan 5 pi Lost World Of Tambun tu. kalau si olan and aril ni rasa macam dah bosan sgt jumpa sebab dorg boleh dikatakan tiap minggu ajak aku keluar dari ukm ni. bawak pi makan sana sini. aku ikut je sebab bosan jugak kat ukm ni. hahhaha

lepas semua dah jumpa tu, aku ingat olan nak bawak pi ioi. ada jugak lalu ioi, tapi dia terus je. aihh bangla ni, manalah nak bawak kitorang ni. curious gila. bila aku tanya dia senyap. suruh teka la apalah, nasib baik aku duduk sit belakang sekali*kereta mpv kalau tak memang aku dah siku2 si olan ni, pastu suka nak berhentikan kereta sebab nak turunkan aku, nak tinggalkan aku tepi jalan la. kurang asam, pastu takde siapa nak back up :( tapi ni zaty lahh, aku lawan la balik apa yang dia cakap. hahaha


ok then, dalam 45minit perjalanan dengan perut lapar nak mati, kami sampai di kota damansara. rupanya pi The Curve. alaaa yang ada ikea besar gedabak and kidzania *mcm ni ke eja, lantak. pastu kitorang cari tempat makan and we decided makan ayam penyet, apa ntah nama restoran dia, tak ingat. tapi not bad la makanan dia. sedap and berbaloi la dengan harga dia. rm14 termasuk air, lepas dah makan tu kenyang nak mati lah pulak, sampai aku tak larat nak jalan, rasa nak tidur pon ada sebab masatu tengah hujan, nasib baiklah olan tu bukan suami aku, kalau tak memang aku dah lentok kat bahu dia *puii geli siaa

si badigol. ramai gila cakap kitorang macam ada something special, padahal kitorang kawan je, maybe kawan rapat, maybe kawan paling bangang or maybe kawan paling neraka penah aku ada. hahahhaha or maybe kawan paling ntah pape pernah aku kawan. tapi seronok la kawan dgn budak ni.

Lepas makan tu kitorag jalan2 kat the curve then pi ikea. OMG!! kat ikea barang taknak lawa pulak kan, tapi harga perghhh perghh mahal benar. then tak mampu, tunggu aku kerja,save duit 3tahun baru boleh beli barang2 kat situ agaknya. tapi serious memang rambang mata pi situ. idaman gila setiap ruang yang ada kat rumah tu. lagi2 ruang tamu and dapur. I can die kalau lama2 kat ikea tuu. lepas satu jam tawaf ikea tu, ingatkan olan nak hantar balik , sebab masatu dah nak pukul 6, then dia kata 'jom pi skypark one city,sebab dah alang2 lalu, baik singgah jap' . SEKEJAP la sangat. siap dia jumpa kekasih lama diaa. hahahhaha


datang oneCity pastu naik tingkat atas sekali je sebab nak tengok views and nak jalan atas cermin yang boleh nampak bawah. nasib baik aku ni jenis tak gayat. si zati dah macam hape, jalan kat tepi2 je. yang kitorang siap lompat2, nasib tak pecah, kalau tak memang innalillah la jawabnya. 


nanti kitorang kahwin kitorang jemput uolls *muntah hijau sikit



"buat muka lawa-lawa" be like 

I love this girls. Aisyah and Cikeb takde, kalau tak dah complete dah , hmm



haa , gayat tak? korang kena rasa sendiri la kalau nak tahu gayat ke tak, huhuhu


thanks guys for spend time together, kita semua berpisah pada jam 9pm sebab zati and faris memasing tiket bas pukul 9.30pm. olan hantar sampai tbs.
hope sesangat dapat together macam ni lagi WITH aisyah and cikeb also.
Korang jelah kawan aku yang still stay dengan aku dari matrik sampai sekarang.
maksud aku yang rapat. sebab kebanyakan semua senyap je.
nasib baik kita ada group sendiri yang tak sunyi dan dipenuhi kata2 yang sangat ntah pape setiap hari.
tu lah yang jadikan kita keep stay dengan hubungan ni
semoga kita sahabat sampai syurga.
hihihihi

okay byee.

much love
Zaty








TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA :) PLEASE COMMENT.